Rionaldo Stockhorst
Rionaldo Stockhorst

Rionaldo Stockhorst

Rionaldo Valentino Stockhorst (lahir 24 April 1982) berketinggian 174 cm.Lebih biasa dipanggil Rio, ialah pelakon filem dan televisyen Indonesia. Terkenal sebagai aktor yang mempunyai lakonan yang mantap dan menyentuh hati.Dilahirkan di Pontianak, Kalimantan, Rionaldo yang mempunyai keturunan Belanda sebelah ayah ialah siswazah Universiti Trisakti yang telah membintangi dalam banyak drama lipur lara. Antara filem yang lain, Rionaldo telah berlakon dalam filem 30 Hari Mencari Cinta, Panggil Namaku 3x, Di Sini Ada Setan The Movie dan 12:00 AM.